Thursday, August 12, 2010

Memori Indah Bersamamu...

Limited Edition Al-Maarians Signature

Secara tiba-tibanya pada hari ini aku teringatkan akan gambar ini. Perasaan rindu dan memori-memori indah pahit manis bersama rakan kelas Al-Maari 04/05 menggamit diri. Tertanya-tanya apa khabarkah kalian semua dimana sahaja kalian berada. Hasil kerja kita bersama sebelum meninggalkan Al-Maari membawa haluan masing-masing menjadi antara memori terindah kita bersama. Al-Maarians sekalian, selamatlah anda semua dimana sahaja anda berada. Kita tetap sekeluarga walau selama mana kita berpisah. GOOD LUCK to ALL of YOU...

**Payid, Bob, Shidi, Burn, Meor, Nanazri, Shah, Fathi, Utai, Jo reza, Berq, Peoz, Yuna, Tee-N, Banin, Atai, Izzati, Lala, Dayah, Mawai, Syaza, Bunn, Jawer, Adib, Josham, Skin**
~~Al-Maarian 04/05~~

Monday, August 9, 2010

PUASA di Bulan Ramadhan

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh seluruh umat ISLAM di muka bumi ALLAH S.W.T ini. Ibadah puasa ini bukan hanya menuntut umat Islam sabar untuk menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari sahaja tetapi mempunyai skop tuntutan sabar yang lebih luas dan berat. Sabar dalam menahan diri dari melakukan perkara-perkara maksiat dan mengawal nafsu diri dari terus membelenggu diri. Mengawal diri supaya dapat menjaga ibadah puasa yang dijalankan sepanjang hari supaya usaha dan pengorbanan yang dilakukan dengan menahan diri dari tidak makan dan minum sepanjang terbit fajar sehingga terbenam matahari tidak menjadi sia-sia. Sesungguhnya, bagi seorang insan yang bergelar manusia usaha untuk merantai dan mengawal nafsu diri adalah satu tugas yang amat berat dan sukar untuk dilakukan. Tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mustahil. Dengan iman yang teguh dan niat hati yang betul untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T segala cabaran dan dugaan pasti dapat diharungi dengan mudah. Berdoa dan mintalah bantuan pada yang Maha Kuasa supaya ditunjukkan jalan, diterangkan hati dan dimudahkan cara untuk melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini. Peluang yang ada sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak digunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan ibadah dengan mantap dan menambahkan pahala ibadah. Kejarlah carilah malam seribu malam, Malam LailatulQadar untuk mendapatkan fadhilat yang ada pada malam yang istimewa ini.
Mengharapkan Ramadhan kali ini membawa keinsafan pada diri dan mengharapkan dapat menggunakan sepenuhnya ruang dalam bulan ini untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta dan beribadah kepadaNya.
"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal..."

Ready, Set, Go...

Beberapa minggu kebelakangan ini merupakan antara minggu-minggu yang tough untuk aku. Kalau nak diceritakan satu-satu perkara yang berlaku yang aku hadapi sepanjang minggu-minggu tough ni memang tak cukup page aku nak tulis. Apapun, kesimpulannya apa yang aku hadapi sangatlah berat dugaan dan cabarannya terhadap diri tetapi aku dapat mengharunginya dengan baik dan terkawal. Banyak pengalaman sedia ada diperbaharui dan dikemaskini dan pengalaman baru ditambah masuk. Segala yang berlaku mematangkan diri dan menjadikan aku untuk lebih berani mencabar diri untuk menggunakan seluruh potensi diri yang ada dalam menjalani kehidupan. Perkara yang lepas jangan disesali kerana ianya tidak akan dapat diulang semula tetapi apa yang boleh dilakukan ambil pengalaman dan iktibar dari perkara yang lepas untuk dijadikan pengajaran pada masa akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang semula. Tidak ada apa yang baik dari perkara yang sama berulang semula kerana apa yang lebik baik adalah perkara yang akan berlaku pada masa akan datang adalah lebih elok jika ianya adalah lebih baik daripada yang sebelumnya. "Jadikan hari ini lebih baih dari semalam dan hari esok pula perlu lebih baik dari hari ini...". Renung-renungkan dan selamat beramal....