Thursday, August 12, 2010

Memori Indah Bersamamu...

Limited Edition Al-Maarians Signature

Secara tiba-tibanya pada hari ini aku teringatkan akan gambar ini. Perasaan rindu dan memori-memori indah pahit manis bersama rakan kelas Al-Maari 04/05 menggamit diri. Tertanya-tanya apa khabarkah kalian semua dimana sahaja kalian berada. Hasil kerja kita bersama sebelum meninggalkan Al-Maari membawa haluan masing-masing menjadi antara memori terindah kita bersama. Al-Maarians sekalian, selamatlah anda semua dimana sahaja anda berada. Kita tetap sekeluarga walau selama mana kita berpisah. GOOD LUCK to ALL of YOU...

**Payid, Bob, Shidi, Burn, Meor, Nanazri, Shah, Fathi, Utai, Jo reza, Berq, Peoz, Yuna, Tee-N, Banin, Atai, Izzati, Lala, Dayah, Mawai, Syaza, Bunn, Jawer, Adib, Josham, Skin**
~~Al-Maarian 04/05~~

Monday, August 9, 2010

PUASA di Bulan Ramadhan

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh seluruh umat ISLAM di muka bumi ALLAH S.W.T ini. Ibadah puasa ini bukan hanya menuntut umat Islam sabar untuk menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari sahaja tetapi mempunyai skop tuntutan sabar yang lebih luas dan berat. Sabar dalam menahan diri dari melakukan perkara-perkara maksiat dan mengawal nafsu diri dari terus membelenggu diri. Mengawal diri supaya dapat menjaga ibadah puasa yang dijalankan sepanjang hari supaya usaha dan pengorbanan yang dilakukan dengan menahan diri dari tidak makan dan minum sepanjang terbit fajar sehingga terbenam matahari tidak menjadi sia-sia. Sesungguhnya, bagi seorang insan yang bergelar manusia usaha untuk merantai dan mengawal nafsu diri adalah satu tugas yang amat berat dan sukar untuk dilakukan. Tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mustahil. Dengan iman yang teguh dan niat hati yang betul untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T segala cabaran dan dugaan pasti dapat diharungi dengan mudah. Berdoa dan mintalah bantuan pada yang Maha Kuasa supaya ditunjukkan jalan, diterangkan hati dan dimudahkan cara untuk melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini. Peluang yang ada sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak digunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan ibadah dengan mantap dan menambahkan pahala ibadah. Kejarlah carilah malam seribu malam, Malam LailatulQadar untuk mendapatkan fadhilat yang ada pada malam yang istimewa ini.
Mengharapkan Ramadhan kali ini membawa keinsafan pada diri dan mengharapkan dapat menggunakan sepenuhnya ruang dalam bulan ini untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta dan beribadah kepadaNya.
"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal..."

Ready, Set, Go...

Beberapa minggu kebelakangan ini merupakan antara minggu-minggu yang tough untuk aku. Kalau nak diceritakan satu-satu perkara yang berlaku yang aku hadapi sepanjang minggu-minggu tough ni memang tak cukup page aku nak tulis. Apapun, kesimpulannya apa yang aku hadapi sangatlah berat dugaan dan cabarannya terhadap diri tetapi aku dapat mengharunginya dengan baik dan terkawal. Banyak pengalaman sedia ada diperbaharui dan dikemaskini dan pengalaman baru ditambah masuk. Segala yang berlaku mematangkan diri dan menjadikan aku untuk lebih berani mencabar diri untuk menggunakan seluruh potensi diri yang ada dalam menjalani kehidupan. Perkara yang lepas jangan disesali kerana ianya tidak akan dapat diulang semula tetapi apa yang boleh dilakukan ambil pengalaman dan iktibar dari perkara yang lepas untuk dijadikan pengajaran pada masa akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang semula. Tidak ada apa yang baik dari perkara yang sama berulang semula kerana apa yang lebik baik adalah perkara yang akan berlaku pada masa akan datang adalah lebih elok jika ianya adalah lebih baik daripada yang sebelumnya. "Jadikan hari ini lebih baih dari semalam dan hari esok pula perlu lebih baik dari hari ini...". Renung-renungkan dan selamat beramal....

Saturday, July 10, 2010

aku takut...

'Pengecut'... term yang selalu digunakan orang untuk diberikan kepada seseorang yang takut kepada sesuatu. sentiasa takut untuk melakukan sesuatu atau memulakan sesuatu perkara. aku tertanya adalah menjadi satu kesalahan besar untuk seseorang itu berasa takut? aku mendapat jawapan tidak salah jika kita merasa takut asalkan perasaan itu tidak menjadikan atau menjerumuskan kita kepada lembah kekhurafatan dan kemusyrikan. sebagai seorang ISLAM kita tidak seharusnya takut akan sesuatu melebihi ketakutan kita kepada kemurkaan ALLAH S.W.T. kemurkaan ALLAH S.W.T sepatutnya menjadi sesuatu yang perlu ditakuti oleh setiap insan yang beragama ISLAM dan ketakutan ini perlu melebihi ketakutan kepada sesuatu perkara yang lain. adakah takut kepada kemurkaan ALLAH juga digelar patut sebagai 'pengecut'? sudah tentulah TIDAK! kerana setiap insan beragama ISLAM yang takut kepada kemurkaan ALLAH S.W.T adalah digelar sebagai berIMAN. jadi, apakah yang dimaksudkan dengan pengecut? istilah ini diertikan dan dimaksudkan mengikut pandangan dan persepsi individu. setiap manusia menilai ketakutan mereka berbeza-beza antara satu sama lain. ketakutan seseorang kepada sesuatu digelar 'pengecut' oleh sesetengah pihak tetapi tidak bagi sesetengah pihak yang lain. terpulang kapada setiap individu untuk menilai situasi dan mendefinasikan istilah 'pengecut' ini mengikut apa prinsip dan pegangan hidup masing-masing. aku juga takut, tapi aku bukan 'pengecut'. aku takut untuk membuat orang disekeliling aku berasa tidak selesa dengan kehadiran dan apa yang aku lakukan tapi aku tidak pernah melarikan diri dari realiti. aku berhadapan dengan keadaan dan cuba sebaik mungkin menghadapi segala risiko dari setiap tindakan yang aku lakukan. bertindak bedasarkan situasi dan berfikir sebelum bertindak. akal yang waras pemikiran yang tenang dapat mententeramkan diri dari perasaan takut dan digelar sebagai 'pengecut'. cheers =)

Friday, July 9, 2010

aku... rindukan dia...

Aku rindukan dia. sentiasa terbayang di mata wajahnya dan sentiasa terkenang kembali memori-memori pahit manis bersamanya. dia sungguh dan tersangatlah istimewa dan bermakna buat diriku. sumber kekuatan dan semangatku untuk sentiasa tabah dan kuat mengharungi cabaran hidup. tanpa kehadiran dirinya aku pernah hampir hanyut dan hidup terumbang-ambing tanpa pedoman dan bimbingan. syukur berkat nasihat dan pesanan yang pernah ditinggalkannya membuatkan aku sentiasa sedar akan siapa diriku ini dan betapa kuatnya aku boleh berdiri sendiri. aku sangat merindukannya. di saat-saat aku di dalam masalah dan kesusahan aku mencari-cari tempat untuk bergantung, dan apa yang tinggal hanyalah kenangan-kenangan bersamanya yang pernah ditinggalkan bersamaku sebelum dia pergi. aku rindukan dia. tersangat merindukan kehadiran dia dalam hidupku. tapi, aku perlu sedar bahawa yang telah pergi tidak mungkin akan kembali. kerinduan aku terhadap seorang insan yang bergelah AYAH membantu aku untuk hidup dengan lebih menghargai apa yang masih tinggal buatku di dunia ini. amanlah damailah kau di sana AYAH. anakmu merinduimu... 

strive to achieve perfection

Semua insan di dunia ini mengimpikan kehidupan yang sempurna. sempurna yang bagaimana? aku sendiri tidak mengetahui apa yang digelar dan disebut sebagai kehidupan yang sempurna dan perfect. adakah dengan memiliki  rumah besar, gaji besar, kereta besar dan isteri yang ramai dikatakan sebagai seseorang itu memiliki kehidupan yang sempurna? atau cukup hanya sekadar dengan bekerjaya dengan gaji sederhana tetapi mencukupi menampung hidup, memiliki tempat berteduh yang selesa, mempunyai teman hidup yang setia dan mencintai dan mempunyai masa untuk sentiasa mendekatkan diri kepada yang Maha Esa? yang manakah yang digelar sebagai kehidupan sempurna? apakah yang menjadikan kehidupan seseorang itu sempurna dan perfect? perlukah untuk kita menjadi seorang yang perfectionist untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna. TIDAK! sedarlah bahawa tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Maha Pencipta yang Maha Esa yang sempurna sifatnya dan sempurna segala-galanya. manusia hanya insan biasa yang hidup di dunia di atas ehsan yang Maha Esa. manusia sentiasa melakukan kesilapan dan tidak lepas dari melakukan dosa. tetapi ingatlah pintu taubat sentiasa terbuka bagi hamba-Nya yang mehu kembali ke jalan yang benar. tidak perlu untuk sentia mengejar kesempurnaan cukup dengan hanya sekadar sentiasa mengingati yang Maha Besar dan sentiasa melakukan sesuatu dengan niat yang baik dan ikhlas dengan pekerjaan yang dilakukan. insyaallah semua yang dilakukan akan nampak baik dan mendapat hasil yang memuaskan bagi semua pihak. berusaha menuju ke arah kesempurnaan tetapi tidak taksub kepada kesempurnaan itu kerana hanya Yang Maha Esa satu-satunya yang sempurna. Sesungguhnya manusia tidak akan pernah perfect dan akan sentiasa melakukan kesilapah. cheers =)
kebesaran yang Maha Esa. Ciptaan sempurna sungai dalam laut

Thursday, July 8, 2010

Tiada dia aku seperti biasa...

seperti biasa... aku masih seperti kebiasaan aku menjadi aku. tidak aku mengubah cara aku bertindak dan berkelakuan. tidak juga aku akan mengubah persepsi dan pandangan aku terhadap sesuatu. tidak sama sekali aku akan mengubah cara berfikiran dan metod aku melontarkan idea dan pendapat yang bersarang dalam kepala otakku. tiada dia aku seperti biasa... 


Luarbiasa jika ada dia? mungkin.. dan mungkin tidak... siapa tahu...

siapa dia?? masih tertanya-tanya...