Saturday, July 10, 2010

aku takut...

'Pengecut'... term yang selalu digunakan orang untuk diberikan kepada seseorang yang takut kepada sesuatu. sentiasa takut untuk melakukan sesuatu atau memulakan sesuatu perkara. aku tertanya adalah menjadi satu kesalahan besar untuk seseorang itu berasa takut? aku mendapat jawapan tidak salah jika kita merasa takut asalkan perasaan itu tidak menjadikan atau menjerumuskan kita kepada lembah kekhurafatan dan kemusyrikan. sebagai seorang ISLAM kita tidak seharusnya takut akan sesuatu melebihi ketakutan kita kepada kemurkaan ALLAH S.W.T. kemurkaan ALLAH S.W.T sepatutnya menjadi sesuatu yang perlu ditakuti oleh setiap insan yang beragama ISLAM dan ketakutan ini perlu melebihi ketakutan kepada sesuatu perkara yang lain. adakah takut kepada kemurkaan ALLAH juga digelar patut sebagai 'pengecut'? sudah tentulah TIDAK! kerana setiap insan beragama ISLAM yang takut kepada kemurkaan ALLAH S.W.T adalah digelar sebagai berIMAN. jadi, apakah yang dimaksudkan dengan pengecut? istilah ini diertikan dan dimaksudkan mengikut pandangan dan persepsi individu. setiap manusia menilai ketakutan mereka berbeza-beza antara satu sama lain. ketakutan seseorang kepada sesuatu digelar 'pengecut' oleh sesetengah pihak tetapi tidak bagi sesetengah pihak yang lain. terpulang kapada setiap individu untuk menilai situasi dan mendefinasikan istilah 'pengecut' ini mengikut apa prinsip dan pegangan hidup masing-masing. aku juga takut, tapi aku bukan 'pengecut'. aku takut untuk membuat orang disekeliling aku berasa tidak selesa dengan kehadiran dan apa yang aku lakukan tapi aku tidak pernah melarikan diri dari realiti. aku berhadapan dengan keadaan dan cuba sebaik mungkin menghadapi segala risiko dari setiap tindakan yang aku lakukan. bertindak bedasarkan situasi dan berfikir sebelum bertindak. akal yang waras pemikiran yang tenang dapat mententeramkan diri dari perasaan takut dan digelar sebagai 'pengecut'. cheers =)

No comments:

Post a Comment